Jumaat, 10 Mei 2013

orang kafir


Kita kena jelaskan, bila masa Nabi ajar sahabat bertakbir? Di Medan perang untuk membangkitkan semangat, itu pun sebahagian ulama mengatakan harus. Adapun di dalam hadis, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
والتكبير على كل شرف
“Dan bertakbir di atas setiap tempat yang tinggi.” (Sahih Ibn Khuzaimah)
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bertakbir ketika mana Baginda menaiki bukit “Allahu Akbar, Allahu Akbar”. Ketika mana turun bukit, Baginda bertasbih “Subhanallah, Subhanallah”.
Kita sekarang ini ceramah di mana, kita bukan ceramah di atas bukit pun. Itu satu perkara. Ada orang berkata kita sedang berjihad. Jihad apa kalau ceramah maki orang, ceramah suruh jatuhkan kerajaan Islam?
Ianya tidak kena langsung dengan prinsip dan konsep takbir di dalam Islam. Takbir adalah untuk memuliakan Allah Subhanahu wa Ta’ala, memuliakan agama Allah.
Tidak pernah ketika Nabi bercakap atau berkhutbah tiba-tiba sahabat bertakbir. Perkara seperti ini tidak ada di dalam sunnah. Bawakan riwayat atau hadis di mana ketika Nabi sedang bercakap tentang Islam tiba-tiba sahabat bangkit dan bertakbir. Tidak ada. Pergi cari kalau tidak percaya.
Adapun selawat ke atas Nabi, itu ada, iaitu ketika disebut nama Nabi mereka mengucapkan selawat dan salam ke atas Baginda.
Jadi kita mencontohi siapa?
Kedua, masalahnya orang-orang yang tidak menerima Islam, di mana mereka bukan bercakap atas kapasiti seorang Muslim, mereka bukan hendak terima Islam, mereka bukan hendak ikut Islam, kenapa kita bagi semangat dan sokongan kepadanya dengan kata-kata mulia “Takbir”? La haula wala quwwata illa billah.
Soal mereka hendak sebut perkataan takbir atau tasbih itu terpulang kepada mereka. Itu bab lain. Yang saya cerita ini tentang kita yang mendengar perkataan mereka. Kerana apa kita bertakbir?
Kalau ada ulama yang mengharuskan takbir sekali pun, ianya adalah bertujuan menzahirkan syiar Islam. Tetapi apa syiar Islam yang orang kafir itu zahirkan? Dia sendiri tidak menerima Islam.
Bertakwalah kepada Allah. Kita jangan terlalu berpolitik sehingga perkara ini pun kita jadikan mainan. Ini bukan mainan untuk seronok-seronok. Ini agama yang tidak boleh dipermainkan dan tidak boleh dijual beli.
Apabila heboh orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran, saya tidak ada masalah. Harus bagi orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran. Tetapi timbul masalah apabila mereka memilih untuk membaca Al-Quran itu di atas pentas politik, ceramah politik, cerita politik, membaca ayat Al-Quran untuk tujuan kepentingan politik mereka.
Yang lebih menyedihkan, ada guru-guru Al-Quran yang semasa mengajar di masjid dan surau punyalah garang apabila murid menyebut makhraj tidak betul, tetapi apabila orang kafir membaca dengan makhraj dan sebutan tunggang langgang sehingga tidak difahami apa yang dibacanya, mereka boleh menjerit “Takbir!”.
Sepatutnya mana yang tidak betul itu diperbetulkanlah, kalau mereka memang berniat membacanya dengan betul. Ini menunjukkan mereka bukan betul-betul hendak baca, mereka sekadar hendak menarik sokongan dan perhatian orang Islam. Kita pula yang melebih-lebih.
Kemudian mereka menterjemah Al-Quran dengan sesuka hati mereka. Betulkah terjemahan mereka? Adakah kita menyemaknya?
Selepas terjemah, mereka tafsirkan pula ayat Al-Quran dan menjelaskan maksud ayat Al-Quran kepada kita dan kita seronok mendengar. Adakah benar tafsiran mereka, adakah cara mereka tafsirkan Al-Quran itu betul?
Sedangkan di dalam Islam, kita ada prinsip dan kaedah tafsir. Bukan boleh tafsir Al-Quran sesuka hati. Haram. Al-Quran mesti ditafsir mengikut kaedah-kaedah tafsir. Yang tafsir ikut akal sendiri itu yang boleh ada yang sampai mengaku menjadi Rasul Melayu. Dia membaca surah Yasin; “innaka-laminal-Mursalin” (engkau Rasul yang diutuskan) lalu terus dia mengaku sebagai Rasul. Itu tafsir mengarut.
Begitu juga gerakan zikir rock di Kuala Lumpur. Mereka berzikir campur lelaki dan perempuan, selesai zikir tekong mereka tunjuk dan mengatakan “Lelaki ini untuk perempuan ini. Lelaki itu untuk perempuan itu.” Mereka menggunakan ayat Al-Quran,
نِسَآؤُكُمْ حَرْثُ لَّكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّى شِئْتُمْ
“Wanita-wanita kamu semua adalah ladang untuk kamu semua bercucuk tanam, maka bercucuk tanamlah arah mana yang kamu kehendaki.” (Surah Al-Baqarah, 2: 223)
Mereka menggunakan ayat tersebut untuk mengharuskan buat seks dengan mana-mana wanita. Itu akibat mentafsir Al-Quran ikut suka.
Apatah lagi orang bukan Islam yang mentafsir dan memperjelas ayat Al-Quran kepada kita, adakah betul tafsiran mereka sehingga kita bertakbir dengan semangat? Jangan.
Saya bukan maksudkan apa sahaja orang bukan Islam cakap kita kena tolak, tetapi fikiran kita biarlah waras, letakkan agama melebihi segala-galanya. Kalau dia cakap di dalam bab keduniaan contohnya perlu adil dan amanah, itu tidak mengapa. Tetapi kalau dia mengulas bab agama, mengulas ayat Al-Quran sedangkan dia tidak beriman dan dia sendiri tidak terima Al-Quran, mana mungkin kita beri ruang kepadanya mengulas sesuatu yang dia sendiri tidak beriman dan dia sendiri tidak terima.
Kedatangan orang yang seperti ini sebenarnya membawa kepada perpecahan, bukan kepada kebaikan.
Wallahu a’lam.

kiamat

                                         asalammualaikum    
          

22.      tanda tanda kiamat

sila baca


1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah